Jenis-jenis wilayah Wilayah_di_Jepun

To, dō, fu, dan ken hanya berbeza dari segi namanya disebabkan oleh sejarahnya tersendirinya. Sejak tahun 1947, kesemuanya tidak dapat dibezakan dari segi pentadbiran. Kebiasaannya, wilayah-wilayah ini hanya dipanggil dengan nama di depannya sahaja seperti Tokyo (tanpa penambahan pengakhiran seperti Tokyo-to) akan tetapi berbeza pula bagi Hokkaidō yang disebut penuh. Walau bagaimanapun, penggunaan To, dō, fu, dan ken akan digunakan apabila diperlukan bagi membezakan antara wilayah dan bandar yang mempunyai nama yang sama. Sebagai contoh, Hiroshima-ken adalah nama dalam Jepun bagi wilayah Hiroshima, manakala Hiroshima-shi merupakan nama bagi bandar besarnya.

Fu (Osaka/Kyoto) dan Ken

Semasa zaman Edo, Bakufu (juga dikenali sebagai Tokugawa Shougunate) membentuk zon peraturan bugyō (奉行支配地) di 9 bandar besar Jepun dan 302 zon peraturan bandar (郡代支配地) di tempat-tempat lain. Apabila kerajaan Meiji mula membentuk sistem wilayah pada tahun 1868 semasa tahun pertama zaman Meiji, 9 bandar besar dibawah zon peraturan bugyō menjadi fu, manakala zon peraturan bandar dan lain-lain kawasan dibawah zon peraturan bugyō dikenali sebagai ken. Pada tahun 1871, menjadikan Tokyo, Osaka dan Kyoto sebagai fu, manakala fu yang selebihnya diturunkan statusnya kepada ken. Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1943, Tokyo ditukar kepada to, sejenis wilayah yang baharu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, undang-undang yang diamalkan di fu dan ken adalah berbeza, tetapi perbezaan ini dimansuhkan selepas peperangan dan sehingga kini 2 jenis wilayah ini masih mempunyai fungsi yang sama. Walaupun terdapat perbezaan dari segi sebutan antara fu dan ken, akan tetapi tiada perbezaan antara kedua-duanya dan biasanya dipanggil dengan nama “wilayah” (seperti wilayah Osaka, wilayah Yokohama)

Hokkaidō- dō

Perkataan dō disini pada asalnya merujuk kepada kawasan di Jepun seperti Tōkaidō dan Saikaidō, yang terdapat beberapa kawasan wilayah-wilayah kecil. Perkataan dō disini di ambil daripada huruf kanji yang bermaksud “jalan” dan dipercayai telah diduduki sejak Empayar Temmu lagi.

Hokkaidō, merupakan satu dō yang hanya tinggal pada hari ini, tetapi bukannya salah satu daripada 7 dō yang asal pada suatu ketika dahulu (dimana ianya dikenali sebagai Ezo sebelum era kemodenan). Nama Hokkaidō pada masa kini dipercayai berasal daripada seseorang pengembara Jepun yang pertama datang ke pulau tersebut, Matsuura Takeshiro. Disebabkan Hokkaidō dikatakan tidak sesuai untuk dimasukkan kedalam senarai dō yang ada, maka dō yang baru telah dicipta dalam senarai yang lain.

Kerajaan Meiji pada asalnya menklasifikasikan Hokkaidō sebagai sebuah “Penempatan Utusan” (開拓使 kaitakushi), dan kemudiannya membahagikan pulau tersebut kepada 3 wilayah (Sapporo, Hakodate dan Nemuro) dan kemudian pada tahun 1886 ianya diperkukuhkan lagi dengan pembentukkan sebuah wilayah Hokkaidō. Akhiran –ken tidak pernah ditambah pada akhirnya, tetapi diguna akhiran –dō yang bermaksud “wilayah”

Disebabkan Hokkaidō terpisah dengan tempat lain, maka hubungan pengangkutan di pulau tersebut tidak membangun dengan baik. Oleh sebab itu, wilayah tersebut dipisahkan kepada beberapa bahagian "subwilayah" (支庁, shichō) yang boleh membantu kerajaan wilayah dalam urusan pentadbiran disamping memantau pembangunan di Hokkaidō. Kesemua subwilayah ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini, walaupun mereka mempunyai kuasa yang sedikit berbanding dengan apa yang mereka pernah ada sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua berlangsung. Kesemua subwilayah ini berfungsi sebagai mengendalikan kertas kerja dan fungsi-fungsi lain dalam jabatan birokrasi.

Walaupun “Wilayah Hokkaidō” sekali-sekala digunakan bagi membezakan antara kerajaan dengan kerajaan di pulau tersebut. Kerajaan di wilayah Hokkaidō lebih suka menggunakan perkataan “Kerajaan Hokkaidō” berbanding dengan “Kerajaan Wilayah Hokkaidō”

Bandar terbesar dan ibu negara wilayah Hokkaidō ialah Sapporo, iaitu bandar kelima terbesar di Jepun. Bandar besar lain termasuklah Hakodate.

Tokyo- to

Tokyo merupakan to yang satu di Jepun. Selepasa daripada pemansuhan sistem han, Tokyo-fu (sebuah bandar wilayah seperti Kyoto dan Osaka) terbahagi kepada beberapa buah bandar, Bandaraya Tokyo merupakan antara bandar yang terbesar. Bandaraya Tokyo dibahagikan kepada 15 buah wilayah Wad.

Pada tahun 1943, Bandaraya Tokyo telah dimansuhkan Tokyo-fu menjadi Tokyo-to, dan wilayah-wilayah wad Tokyo menjadi wilayah wad istimewa, penguatkuasa tempatan juga turun daripada wilayah hieraki, setiap wilayah wad memilih sendiri perhimpunan (kugikai) dan Dato’ Bandar (kucho) mereka. Bilangan kampung di luar bandar bagi Bandaraya Tokyo telah ditukar kepada wad, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 35 wilayah wad.

Sebab kenapa pengorganisasian semula ini dibuat adalah untuk memperkukuhkan lagi pentadbiran di sekeliling ibu negara dengan mengurangkan tingkat kuasa yang ada di Tokyo. Kerajaan pusat inginkan sebuah kuasa penuh keatas Tokyo akibat daripada kedudukan Jepun yang merosot semasa Perang Dunia Kedua dan juga kecemasan (peperangan) yang berlaku di metropolis tersebut.

Selepas peperangan, Jepun sekali lagi dipaksa agar mengagihkan kuasa pusatnya, berikutan daripada Deklarasi Postdam. Banyak sifat-sifat istimewa kerajaan Tokyo yang wujud pada ketika itu hilang selepas peperangan, dan bilangan wilayah wad menigkatkat lagi status wilayah perbandaran pada dekad itu selepas daripada menyerah kalah semasa Perang Dunia Kedua. Pada hari ini, pentadbiran di peringkat wilayah wad tidak dapat dibezakan lagi daripada wilayah perbandaran yang lain.

Pembentukkan semula selepas dari Perang Dunia Kedua juga telah membawa kepada perubahan peta Tokyo dengan banyak sekali. Pada tahun 1947, 35 wilayah wad disusun semula menjadi 23 buah wilayah wad istimewa, ini disebabkan oleh ramai yang telah terbunuh semasa pengeboman semasa peperangan tercetus, mereka yang terselamat telah berpindah ke tempat lain dan mereka yang dijadikan sebagai tenaga kerah tidak pulang kembali.

Terdapat beberapa perbezaan istilah antara Tokyo dan wilayah-wilayah yang lain. Sebagai contoh, jabatan polis dan bomba dikenali sebagai chō (庁) berbanding dengan honbu (本部) yang digunakan ditempat lain. Walau bagaimanapun, fungsi yang berbeza antara Tokyo-to da wilayah-wilayah yang lain ialah cara pengurusan wilayah wad dan juga bandar-bandar. Hari ini, disebabkan oleh wilayah wad istimewa ini mampu berdiri sendiri seperti bandar-bandar lain di Jepun, perbezaan dari segi pentadbiran antara Tokyo dan wilayah-wilayah yang lain dilihat tidak banyak jurang perbezaan. (Lihat 23 wilayah wad istimewa sebagai lanjutan).

Kerajaan Jepun masih menganggap Tokyo-to sebagai “Metropolis Tokyo” bagi kebanyakkan perkara, dan kerajaan Jepun menggunakan nama rasmi bagi Tokyo ialah “Kerajana Metropolis Tokyo”. Walau bagaimanapun, sesetengah masyarakat masih menggelar Tokyo sebagai Tokyo-to iaitu “Wilayah Tokyo”